MENJANA EKONOMI MELALUI KOMUNITI

Memasarkan produk tempatan melalui komuniti

KONSEP MYDESA MART

MyDesa, dengan mengunakan konsep saling membantu, mengalakan setiap peniaga yang memasarkan produk mereka di platform MyDesa untuk turut sama membantu memasarkan produk dari komuniti MyDesa yang lain.

MyDesa percaya bahawa setiap perniagaan memerlukan jualan dan ianya mampu dicapai dengan membantu jualan komuniti Mydesa yang lain untuk memdapatkan sokongan dari komuniti MyDesa yang lain.

Peserta komuniti MyDesa di Pasair Mas, Kelantan
Bantuan mangsa banjir komuniti MyDesa

KONSEP SALING MEMBANTU

MyDesa bukan sahaja menumpukan berkenaan aktiviti ekonomi semata-mata. MyDesa mengalakkan setiap komuniti untuk mengambil tahu berkenaan ahli MyDesa yang lain.

Pada tahun 2022, salah satu komuniti MyDesa di Rantau Panjang, Kelantan telah dilanda banjir yang teruk. MyDesa telah mengaktifkan misi banjir yang mana setiap ahli komuniti yang tidak terjejas dengan banjir, melaksanakan bantuan dari segi informasi dan juga bekalan.

email kami

support@aklaservices.com