KAMI HANYA MAHU MEMBANTU MASYARAKAT
Ekonomi Perkongsian atau Sharing Economy; kini menjadi satu pelan ekonomi Malaysia, terutamanya selepas Pandemik Covid-19.Pelan ini dapat membantu masyarakat untuk BANGKIT semula selepas kejatuhan yang agak teruk. Ramai terkesan; hilang pekerjaan dan punca pendapatan.
Kerajaan Malaysia menawarkan pelbagai bentuk pelan rangsangan ekonomi untuk memastikan perbelanjaan domestik negara kekal terlaksana.Rakyat Malaysia juga bijak mencari jalan untuk menjana pendapatan; termasuk menyewakan aset yang memungkinkan Ekonomi Perkongsian dilaksanakan.
Dan, kerana inilah; Akla Services Sdn Bhd bersedia untuk membantu masyarakat.
BAGAIMANA AKLA SERVICES MEMBANTU?
Ekonomi Perkongsian bermakna menggunakan apa yang kita ada. Contohnya, kita mempunyai mesin untuk menggerudi tetapi kita tidak menggunakannya setiap hari, jadi, kita berkongsi dengan komuniti. Atau, kita jana pendapatan dengannya; sewakan alatan tersebut.
Ekonomi Perkongsian bermula sejak tahun 2013 dan ianya berkembang pesat dengan sekurang-kurangnya 80 buah syarikat tempatan wujud pada tahun 2019. Kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 menjadikan pelan Ekonomi Perkongsian ini semakin popular. Ini mungkin jawapan untuk membantu meringankan beban pemilik aset (bayaran sewa-beli boleh diselesaikan dengan lebih mudah).
Ekonomi Perkongsian di Malaysia membolehkan pemilik aset membantu mereka yang perlu menyewa atau meminjam alatan, mesin atau apa saja aset yang ditawarkan. Gig seperti ini memberi peluang kepada semua untuk memberi DAN membantu mereka yang memerlukan dalam komuniti; sudah tentu, akhirnya akan tercetus lebih banyak aktiviti pekerjaan bebas.
Percaya atau tidak; selepas COVID19 melanda – lebih banyak syarikat dan organisasi mula melibatkan diri dalam menjalankan transaksi perniagaan berbentuk DIGITAL. INI MENJADIKAN EKONOMI PERKONGSIAN sesuatu yang lebih sesuai pada masa ini.
Dan kerana inilah, Akla Services wujud melalui aplikasi mudah alih MyDesa.
SIAPA KAMI?
Dahulunya dikenali sebagai Akla Enterprise; sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembersihan yang ditubuhkan pada tahun 2012. Kejayaan pertamanya ialah memberikan perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan di premis-premis PR1MA.
Masa berlalu, Akla Enterprise mula merasakan kepentingan untuk mencipta sebuah aplikasi mudah alih untuk membantu mereka yang memerlukan kerja separuh masa dek kerana kedudukan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Dari situlah bermulanya Akla Client dan Akla Buddy – menawarkan platform perniagaan sambil membantu masyarakat Malaysia secara positif.
Itu sejarahnya. Bermula tahun 2018, kami dikenali dengan nama Akla Services Sdn Bhd, sebuah syarikat bertaraf Social Enterprise yang ingin membantu komuniti dari segi sosial dan ekonomi.
Kami percaya, dengan membantu komuniti, kita boleh mengembangkan lagi ekonomi domestik.
Fokus utama kami adalah penjanaan Ekonomi Gig; satu konsep yang menjadikan kerja-kerja bebas satu REALITI buat pelajar lepasan Universiti, atau mereka yang telah kehilangan kerja atau mereka yang ingin menjana lebih pendapatan untuk keluarga.
Leave No One Behind
Kami ciptakan satu lagi aplikasi mudah alih untuk komuniti membantu komuniti mereka sendiri. Slogan kami, “Leave No One Behind”; sepertimana yang telah dijanjikan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), menjelaskan betapa pentingnya membantu setiap orang tanpa meninggalkan seorang pun di dalam komuniti. Kami mahu menjadikan Perkongsian Ekonomi ini satu REALITI; memandangkan Ekonomi Gig kini menjadi semakin popular sejak pandemik Covid-19.
Leave No One Behind
Kami ciptakan satu lagi aplikasi mudah alih untuk komuniti membantu komuniti mereka sendiri. Slogan kami, “Leave No One Behind”; sepertimana yang telah dijanjikan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), menjelaskan betapa pentingnya membantu setiap orang tanpa meninggalkan seorang pun di dalam komuniti. Kami mahu menjadikan Perkongsian Ekonomi ini satu REALITI; memandangkan Ekonomi Gig kini menjadi semakin popular sejak pandemik Covid-19.
Akla Services Sdn Bhd secara rasminya telah dilantik sebagai rakan kongsi Malaysian Digital Economic Corporation (MDEC) dalam membantu komuniti untuk mendapatkan pekerjaan dan meniti kehidupan yang lebih baik. Selain MDEC, Akla Services Sdn Bhd juga bekerjasama dengan beberapa buah Universiti tempatan seperti Universiti Tun Abdul Razak dan Universiti Utara Malaysia; dan ini menjadikan sebahagian objektif kami menjadi REALITI.
Akla Services Sdn Bhd secara rasminya telah dilantik sebagai rakan kongsi Malaysian Digital Economic Corporation (MDEC) dalam membantu komuniti untuk mendapatkan pekerjaan dan meniti kehidupan yang lebih baik. Selain MDEC, Akla Services Sdn Bhd juga bekerjasama dengan beberapa buah Universiti tempatan seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Utara Malaysia serta Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC); dan ini menjadikan sebahagian objektif kami menjadi REALITI.
KAMI WUJUD KERANA KEINGINAN KAMI UNTUK MEMBANTU!
Objektif utama kewujudan Akla Services Sdn Bhd sentiasa berkisar tentang slogan kami, “Leave No One Behind”. Kami menjangkakan untuk membantu seramai 50,000 orang Provider menerima insentif yang ditawarkan oleh PERKESO melalui Program KerjayaGig dengan aplikasi mudah alih MyDesa di penghujung tahun 2021 nanti.
Visi kami ialah untuk komuniti MEMBANTU komuniti bukan hanya dengan wang ringgit; mereka juga boleh menggunakan aplikasi MyDesa untuk mengenalpasti golongan yang memerlukan ketika Pandemik Covid19 ini dan membantu seadanya.
Kini kami sudahpun mempunyai lebih daripada 5000 muat turun aplikasi MyDesa seluruh Malaysia selepas pelancarannya pada bulan Mei 2021. Jumlah ini semakin meningkat dan ia membuktikan bahawa kita kini sudah bersedia ke arah EKONOMI PERONGSIAN.