MyDesa merupakan satu aplikasi mudah alih UNTUK KOMUNITI dalam radius 2 kilometer. Ia menawarkan aktiviti pekerjaan bebas – sama ada jualan barangan ATAU menawarkan perkhidmatan kepada komuniti tersebut. Provider atau Penjual juga merupakan Pengguna yang membantu komuniti dengan menggunakan perkhidmatan Provider atau Penjual yang lain DALAM KOMUNITI ITU SENDIRI.
Ringkasnya, ia menggunapakai konsep di mana setiap individu BEKERJA dalam KOMUNITI, untuk KOMUNITI dan menjana pendapatan yang lebih besar UNTUK KOMUNITI tersebut.
Apa yang membuatkan MyDesa unik?
MyDesa; satu platform PERCUMA tanpa yuran untuk Provider dan Pengguna. Setiap aktiviti dilakukan tanpa sebarang kos kepada keduanya; mereka hanya perlu membayar perkhidmatan yang diterima atau barangan yang dibeli.
Kami percaya, mereka yang memberi juga akan menerima daripada seseorang yang lain. MyDesa hanya membenarkan Pengguna yang juga merupakan seorang Provider. Tiada sesiapapun yang boleh menjadi Pengguna semata-mata; bermakna, setiap orang dalam komuniti MESTI menjadi seorang Provider; sama ada untuk menjana pendapatan ATAU sekadar memberikan sesuatu atas dasar kebajikan. Contohnya; mungkin anda mempunyai lebihan barangan dapur di rumah atau anda sendiri seorang pembekal beras dan anda mahukan BERIKAN sahaja kepada komuniti anda.
Siapa Yang Kami Bantu?
Bersesuaian dengan slogan kami “Leave No One Behind”, TIDAK ADA seorang pun yang ditinggalkan dalam komuniti. Kami berjuang untuk memastikan setiap ahli komuniti saling membantu; sekalipun bukan untuk menjana pendapatan mereka sendiri tetapi dengan membuat kebajikan semata terutama di kala semua orang berada dalam kesempitan hidup. Slogan ini juga membuatkan kami berkobar-kobar untuk membantu Golongan Kelainan Upaya.
Kami bekerjasama dengan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Kuala Lumpur untuk membantu mereka yang kehilangan upaya penglihatan menjana pendapatan dalam komuniti dan memastikan komuniti menyedari kewujudan mereka dalam komuniti.
MyDesa juga merupakan satu platform untuk program KerjayaGig PERKESO; di mana Provider juga layak untuk menerima INSENTIF BERJUMLAH RM3600 selama 6 bulan berturut-turut untuk membantu mereka MENGEMBANGKAN lagi perniagaan. Selain insentif, peserta program ini juga menerima skim insurans daripada PERKESO dan mereka DIBAYAR jika mereka menerima CUTI SAKIT.